• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14.6 Peratus Populasi Lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19

oleh
21/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 hingga 11.59 malam tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu menerima dos pertama, yang menyaksikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara kini mencecah 15,071,814 dos suntikan.

“Jumlah ini termasuk suntikan pada Hari Raya Aidiladha semalam iaitu sebanyak 299,593 dos, merangkumi 204,064 individu menerima suntikan pertama dan 95,529 adalah penerima dos kedua,” katanya dalam hantaran melalui laman Twitter hari ini.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 107,444 individu, Kuala Lumpur (63,493), Sarawak (46,606), Johor (28,050) dan Pulau Pinang (14,630).

Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.7 peratus, diikuti Sarawak (47.3 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (21.6 peratus) dan Negeri Sembilan (20.9 peratus). – BERNAMA

Tags: KKMPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd