• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas KKM Kena Covid-19 Tahap Satu, Dua Sahaja

oleh
14/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tiada mana-mana kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19 tahap lima selepas menerima dua dos vaksin sebagai petugas barisan hadapan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti pesakit merupakan kategori satu dan dua sahaja.

“Bagi kategori tiga dan empat pula, masing-masing tiga orang sahaja dan tiada kes tahap lima,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter miliknya semalam.

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 2,779 kakitangan KKM telah disahkan positif Covid-19 meskipun telah lengkap menerima dua dos vaksin mereka baru-baru ini

“Mereka yang bergejala ringan boleh diasingkan di rumah sekaligus mengurangkan kemasukan ke hospital,”jelasnya.

Setakat ini, ciapan itu mendapat lebih 10, 000 tanda kesukaan selain 103 maklum balas daripada pengguna Twitter.

Bagi @GaryM, dia turut menanyakan kepada Dr. Noor Hisham adakah Malaysia mampu untuk menstabilkan jangkitan Covid-19 dalam masa dua minggu seperti yang dikatakan beliau dalam sidang akhbar baru-baru ini.

“Doktor, baru-baru ini ada mengatakan kes Covid-19 akan stabil dalam masa dua minggu, ada kita mampu? Sekarang semua berbeza, kes semakin meningkat,” soalnya.

Pertanyaan lelaki terbabit turut dijawab Dr. Hisham dengan menjelaskan hasrat itu boleh dicapai sekiranya program vaksinasi di Kuala Lumpur dan Selangor terus dipergiatkan.

“Ia mustahil (menurunkan kes) jika kita teruskan momentum untuk memberi vaksin kepada 450,000 orang sehari dalam tempoh dua minggu di Kuala Lumpur dan Selangor,” balasnya. – K! ONLINE

Tags: Covid-19KKMpetugas barisan hadapanpetugas kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd