• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

376,909 Dos Vaksin Diberi Semalam, Tertinggi Dalam Sehari

oleh
09/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi dengan 376,909 dos vaksin diberikan di seluruh negara, semalam.

Ia menyaksikan kadar pemberian vaksin harian berjaya mencatatkan lebih 300,000 dos untuk empat hari berturut-turut, bermula Isnin lalu dengan 313,761 dos, Selasa (340,043) dan kelmarin 375,842).

Peningkatan kapasiti harian itu juga membolehkan Malaysia mencatatkan pemberian lebih 1.4 juta dos vaksin hanya dalam tempoh empat hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata dengan peningkatan itu, Malaysia kini mencatatkan rekod pemberian sebanyak 10,413,270 juta dos vaksin sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, kira-kira 13.6 peratus daripada hampir 23.4 juta populasi dewasa di negara ini sudah menerima dua suntikan lengkap vaksin COVID-19, manakala 7,222,481 juta orang atau 30.9 peratus sudah menerima dos pertama setakat semalam.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam berjumlah 10,413,270 dos. Bagi tempoh 24 jam lalu, sebanyak 376,909 dos diberikan semalam, iaitu yang tertinggi setakat ini,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham, menunjukkan Putrajaya mendahului kadar pemberian dos lengkap vaksin, berbanding jumlah penduduk dengan 31,580 individu atau 28.7 peratus.

Labuan pula merekodkan dengan 22,444 individu menerima dos lengkap vaksin atau 22.5 peratus daripada jumlah penduduk, Perlis (50,236 atau 19.7 peratus), Kuala Lumpur (306,469/17.3 peratus), Sarawak (443,987/15.8 peratus), Negeri Sembilan (124,506/11 peratus) dan Perak (250,922/10 peratus).

Kelantan (181,103/9.5 peratus), Pahang (162,693/9.7 peratus), Terengganu (111,661/8.9 peratus), Kedah (209,999/9.6 peratus), Melaka (85,751/9.2 peratus), Johor (326,207/8.6 peratus), Pulau Pinang 161,469/9.1 peratus), Sabah (275,179 /7.0 peratus) dan Selangor 446,583 (6.8 peratus). – BH Online

Tags: ImunisasiKKMPICKvaksin covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd