• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Negeri Catat Nilai Rt Covid-19 Tertinggi

oleh
05/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian di seluruh negara menunjukkan sedikit penurunan iaitu kini berada di paras 1.06 berbanding semalam dengan nilai 1.07.

Menurut data yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, bagi pecahan mengikut negeri pula, dua negeri mencatatkan paras Rt dengan nilai sama iaitu 1.17 yang direkodkan di Pahang dan Putrajaya.

Data berkenaan turut menunjukkan nilai Rt di Putrajaya sedikit meningkat, berbanding kelmarin iaitu sekitar 1.06 manakala di Pahang pula ia menunjukkan penurunan iaitu 1.24.

Bagaimanapun, nilai Rt di kedua-dua negeri dan wilayah itu tetap yang tertinggi berbanding negeri lain serta melebihi nilai Rt di seluruh negara.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 4 Julai untuk seluruh negara adalah 1.06. Negeri lain yang mencatatkan nilai Rt lebih 1.0 ialah Melaka (1.12); Selangor (1.08); Kuala Lumpur (1.06); Kedah (1.05); Terengganu (1.04) dan Sabah (1.02).

“Negeri yang mencatatkan nilai Rt bawah 1.0 pula ialah Negeri Sembilan (0.97); masing-masing 0.91 di Johor dan Labuan; Sarawak (0.90); Terengganu (0.88) dan Kelantan (0.82),” katanya dalam Twitter, semalam.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bermaksud satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain. – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd