• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

i-Citra KWSP Guna Dana Akaun 2 Ahli Terlebih Dulu

oleh
01/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluaran i-Citra daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan di dalam Akaun 2 terlebih dulu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata jika dana di dalam Akaun 2 pemohon tidak mencukupi, pihaknya akan membenarkan mereka untuk menggunakan dana di dalam Akaun 1.

Katanya, pengumuman mengenai i-Citra adalah satu keputusan yang sukar kerana realitinya, KWSP diberi mandat untuk membantu anggota selepas persaraan.

“Namun, kami juga faham bahawa pandemik COVID-19 mendatangkan dugaan luar biasa, maka kami cuba mencari jalan untuk memberi ruang kepada anggota untuk mengakses dana simpanan mereka di waktu mencabar ini.“i-Citra direka dengan mengambil semua dana yang tersedia di dalam Akaun-2 anggota terlebih dulu. Jika dana daripada akaun ini tidak mencukupi, maka barulah kami membenarkan anda untuk mengakses Akaun 1,”katanya. 

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan ‘MIDF Conversations’ secara maya, hari ini.

Sesi yang julung kali diadakan itu dikendalikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Mokhzani.

Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan i-Citra di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, KWSP cuba mencari keseimbangan di antara membantu anggota dan pada masa sama memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah keseluruhan pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari adalah kira-kira RM80 bilion, namun ia tidak menjejaskan kecairan KWSP.

“Kami boleh menguruskannya asalkan ia dirancang dan kemudian boleh disesusaikan dengan portfolio pelaburan KWSP.

“Kunci utama buat kami ialah tidak menghilangkan mandat yang diberikan, yang mana di akhirnya apa yang perlu diberi perhatian ialah mengenai isu persaraan anggota.

“Jika kita membiarkan dana simpanan anggota digunakan sehingga habis, maka ia akan menjadi masalah yang tidak boleh diuruskan. Justeru, KWSP perlu menyeimbangkan langkah yang mahu diambil,” katanya. – BH Online

Tags: i-CitraKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd