• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Rt Covid-19 Catat Lebih 1.0 Dua Hari Berturut-Turut

oleh
01/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trend peningkatan kes harian Covid-19 di negara ini sejak sembilan hari lalu menyaksikan kadar kebolehjangkitan (Rt) pandemik itu kembali meningkat melebihi paras ambang 1.0 untuk dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Rt mengikut kes harian untuk seluruh negara adalah 1.05 semalam, meningkat daripada 1.04 kelmarin.

Nilai yang dicatatkan itu adalah Rt tertinggi dalam tempoh 28 hari selepas mencatatkan 1.06 pada 3 Jun lalu, sebelum menurun ke paras terendah bulan lalu, 0.90 pada 12 Jun, namun kembali meningkat sejak itu.

Data dikongsi Dr Noor Hisham di Facebook hari ini, juga menunjukkan enam negeri mencatat Rt melebihi purata kebangsaan antara 1.07 hingga 1.19.

Rt tertinggi 1.19 dicatatkan oleh Pahang, disusuli Putrajaya (1.09), Melaka (1.09), Perak (1.08), Kuala Lumpur (1.07) dan Negeri Sembilan (1.06).

Selangor pula mencatat 1.05, sama dengan purata kebangsaan, manakala Rt terendah direkodkan oleh Terengganu dengan 0.67.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Trend peningkatan penularan pandemik itu di Malaysia juga menyaksikan jumlah kes harian ketika ini, ‘lari’ daripada unjuran kes yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM).

Model SEIR Pemerhatian dan Unjuran Kes COVID-19 KKM mengunjurkan kes harian wabak itu mencecah sekitar 5,000 pada hujung Jun, namun kes harian kembali meningkat melebihi 6,000 untuk dua hari berturut-turut sejak Selasa lalu.

Kes harian tertinggi direkodkan bulan lalu adalah 8,209 pada 3 Jun, namun angka itu menurun ke paras terendah untuk Jun iaitu 4,611 pada 21 Jun kesan pelaksanaan sekatan pergerakan bermula 1 Jun lalu.

Namun, kes kembali meningkat selepas itu kepada 6,437 pada 29 Jun, dan 6,276 pada 30 Jun. – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd