• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Haram ‘Black Democracy’ Tiada Sambutan

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua kawasan yang menjadi sasaran utama lokasi perhimpunan haram ‘Black Democracy’ sekitar negeri ini, hari ini, khususnya membabitkan kawasan istana, dikawal ketat polis.

Sekali gus, tiada sebarang sambutan terhadap perhimpunan haram terbabit.

Tinjauan di kawasan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar jam 11.40 pagi tadi mendapati, kawasan itu lengang namun dikawal anggota polis.

Situasi sama turut berlaku di tiga istana yang berada di bandar raya ini iaitu Istana Kinta di Jalan Sultan Nazrin Shah, Istana Al-Ridhuan Perak di Jalan Raja Dihilir serta Istana Cempaka Sari di Jalan Sultan Azlan Shah.

Ketiga-tiganya turut dikawal anggota polis.

Sekatan Jalan Raya (SJR) turut didirikan di Jalan Sultan Nazrin Shah yang membabitkan kedua-dua hala menuju Istana Kinta, begitu juga SJR yang didirikan di Jalan Raja Dihilir menempatkan Istana Al-Ridhuan.

Selain itu, kawalan polis melalui Balai Polis Bergerak serta SJR juga didirikan berhadapan bangunan menempatkan Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Ipoh di Greentown Square di sini, yang kononnya turut menjadi sasaran perhimpunan haram terbabit.

Tinjauan setakat jam 1.40 tengah hari tadi di Bangunan KWSP turut mendapati suasana lengang biarpun banyak kenderaan dilihat di parkir berhampiran kawasan yang menjadi lokasi tumpuan membeli-belah itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata, setakat jam 1.30 tengah hari, tiada aktiviti perhimpunan haram itu dikesan di Perak. 

Perhimpunan haram itu kononnya akan berlangsung jam 12 tengah hari membabitkan beberapa lokasi.

Kelmarin, video berdurasi dua minit 40 saat tular di media sosial menyeru orang ramai menyertai perhimpunan haram itu. – myMetro Online

Tags: Black Democracyperhimpunan haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawalan Ketat Polis Di Johor Bahru

30/06/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengetatkan kawalan di bandar raya ini dengan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) selain menutup beberapa...

Himpunan Haram Depan Sogo Cetus Kekecohan

01/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat beli-belah Sogo di sini mencetuskan sedikit kekecohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd