• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Jaringan ‘Supermokh’ Dapat Pengiktirafan FIFA

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI SEBALIK kejayaan dua bintang bola sepak terkemuka dunia buat masa ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, legenda bola sepak Malaysia Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Allahyarham Mokhtar, yang mengggegar dunia bola sepak Asia era 70-an dan 80-an sebelum bersara akibat penyakit saraf diiktiraf badan sukan dunia itu sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman menerusi entri Twitternya, semalam.

Dikenali sebagai ‘Supermokh,’ beliau telah meledak sebanyak 89 gol dalam 131 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Catatan itu hanya diatasi oleh legenda dan penyerang Iran, Ali Daei dan bintang Portugal, Ronaldo yang berkongsi rekod sebagai penjaring terbanyak selepas masing-masing menjaringkan 109 gol.

Rekod jaringan Allahyarham Mokhtar juga, mengatasi pencapaian legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan, dan bintang Brazil, Pele yang meledak 77 gol.

Bintang Barcelona, Messi berjaya memasuki senarai sembilan pemain paling banyak mencipta jaringan di peringkat antarabangsa selepas meledak dua gol untuk membantu Argentina membenam Bolivia 4-1 dalam aksi Copa America yang masih berlangsung.

Messi kini terikat di kedudukan kesembilan dengan 75 jaringan bersama pemain Hungary Sandor Kocsis, Kunishige Kamamoto (Jepun) dan Bashar Abdullah (Kuwait).

Mokhtar, penyerang paling digeruni dalam sejarah pasukan kebangsaan, pernah membantu Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak empat kali, Sukan SEA dua kali, serta meraih pingat gangsa Piala Asia 1974.

Pada saingan domestik, pemain kelahiran Ampang itu pernah membantu Selangor merangkul gelaran Piala Malaysia sebanyak 10 kali bermula 1972 hingga 1986, serta kejuaraan liga pada 1984.

Beliau meninggal dunia ketika berumur 37 tahun pada 11 Julai 1991, akibat penyakit distrofi otot di Subang Jaya Medical Centre.

Senarai penjaring terbanyak FIFA

109 – Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal)
89 – DATUK MOKHTAR DAHARI (MALAYSIA)
84 – Ferenc Puskas (Hungary)
79 – Godfrey Chitalu (Zambia)
78 – Hussein Saeed (Iran)
77 – Pele (Brazil)
76 – Ali Mabkhout (UAE)
75 – Sandor Kocsis (Hungary), Kunishige Kamamoto (Jepun), Bashar Abdullah (Kuwait) dan Lionel Messi (Argentina).

Tags: FIFAMokhtar Daharipenjaring terbanyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd