• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

i-Citra Bantu Ahli Depani Cabaran Kesan PKP – KWSP

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, kemudahan pengeluaran i-Citra membantu ahli mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Menurut kenyataan itu, ahli KWSP boleh mula memohon di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun pada Ogos.

“Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2.

“Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

“Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Pada Isnin, kerajaan melalui KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat PKP.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Menurut Muhyiddin, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada Ogos.

Dalam pada itu, KWSP berkata, i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

“Walaupun KWSP komited membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli menghadapi pandemik ini,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848. – Sinar Harian

Tags: i-CitraKWSPpandemik COVID-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd