• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran KDNK 2021 Akan Diteliti Semula

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unjuran rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus yang disasarkan bagi 2021 akan diteliti semula, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penelitian semula itu akan mengambil kira senario ancaman pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dijalankan sekarang dan unjuran baharu akan diumumkan pada 13 Ogos depan bersempena dengan pengumuman prestasi suku kedua KDNK negara.

“Kita jangka angka-angka ini akan diteliti. Mungkin selepas ini kita akan lihat apakah kesan akibat penularan Covid-19 kepada ekonomi dengan lebih komprehensif.

“Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang terkesan pada masa ini terutamanya yang berkaitan dengan perkhidmatan, rekreasi, pelancongan dan pembinaan,” katanya pada sidang akhbar secara maya mengenai Prestasi Ekonomi Mengikut Negeri 2020 di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata, terdapat banyak peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, penternakan serta perikanan yang boleh diambil kesempatan susulan peningkatan permintaan di peringkat dunia.

“Namun begitu terdapat kekangan dari segi kekuatan dan kelancaran pengeluaran sektor tersebut,” katanya.

Justeru, menurut beliau, teknik-teknik pengeluaran perlu dipertingkatkan lagi bagi membantu melonjakkan sektor pertanian.

Beliau menyarankan negeri-negeri yang sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi masing-masing agar mencari jalan bagaimana boleh meningkatkan sektor pertanian dari aspek pengeluaran dan pemasaran yang melibatkan pertanian moden.

Mohd Uzir berkata, pada 2020, prestasi ekonomi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan (WP) mencatatkan pertumbuhan KDNK negatif.

Namun begitu, katanya, berapa negeri masih mampu merekodkan pertumbuhan positif bagi sektor pertanian iaitu Melaka yang berkembang 3.7 peratus, Johor (3.1 peratus), Pahang (1.6 peratus), Perak (1.4 peratus), Selangor (0.3 peratus) dan Kelantan (0.2 peratus).

Tambahnya, aktiviti tanaman yang dipelopori oleh kelapa sawit dan sayur-sayuran merupakan antara pendorong utama kepada pertumbuhan positif sektor pertanian di negeri tersebut. – BERNAMA

Tags: Jabatan Perangkaan MalaysiaKDNK 2021Unjuran KDNK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘MyPrice Dashboard’ Pantau Harga Barangan Keperluan Terpilih

27/12/2021
0

PUTRAJAYA: Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard. Dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup 4.5% Pada Suku Ketiga 2021

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd