• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Kibar Bendera Putih Tarik Perhatian Warganet

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kesusahan dialami rakyat ketika berdepan pandemik Covid-19 membuatkan warganet sepakat menggunakan media sosial bersolidariti membantu golongan memerlukan menerusi kempen tanda pagar #RakyatJagaRakyat dengan mengibarkan bendera putih di halaman rumah sekiranya tiada makanan atau perlukan bantuan.

Tanda pagar #RakyatJagaRakyat termasuk #BenderaPutih juga trending di Twitter berikutan ramai terpanggil untuk sama-sama menyebarkan kempen tersebut agar sampai kepada golongan sasaran.

Menerusi ciapan warganet yang diulang siar oleh pelbagai akaun di semua platform media termasuk Instagram dan Facebook memaparkan kata-kata antaranya, “Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih, kibarkannya di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera. Semoga ada yang datang membantu.”

Kempen yang dipercayai bermula sejak Isnin dilihat berjaya apabila salah seorang pengguna media sosial telah bertindak awal menaikkan bendera putih di kediamannya sebagai simbolik mohon bantuan.

Perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook dikenali Hambamu Seikhlas meluahkan kesusahan yang dialaminya.

“Saya sudah penat da dan tak tahu nak buat apa, otak buntu, tapi bukan cari jalan singkat hanya harapan ada manusia yang berprihatin. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, anak-anak masih kecil lagi termasuk orang rumah sedang mengandung,” tulisnya hingga menarik perhatian ramai.

Susulan status tersebut tular, difahamkan @teammudajohor tampil segera menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

Solidariti berkenaan juga disambut baik oleh pengguna Twitter dikenali @JamainKhairul yang prihatin dengan nasib mereka yang terjejas ketika ini.

“Impactive Malaysia memang ‘standby’ dana untuk mereka yang memerlukan dari PKP 1.0, 2.0 dan sekarang 3.0 kami dah kehabisan dana untuk mereka. Sesiapa yang nak bantu mereka kami boleh tolong untuk hubungkan mereka kepada penderma terutama di negeri Sabah.

“Korang yang masih ada pekerjaan, masih mampu beli susu anak dan makan minum bersyukurlah sebab di luar sana sangat ramai rakyat Malaysia yang terdesak dan dihimpit dengan masalah kemiskinan. Aku doakan semoga semua dimurahkan rezeki dan kesihatan. Amin,” ciapnya.

Kata @projekhitam, kempen tersebut merupakan idea bernas dan salah satu alternatif untuk meminta bantuan.

“I think this is one of the alternative untuk meminta bantuan. Manusia perlu makan dan minum untuk teruskan hidup tapi maruah masih ada untuk tidak meminta minta.

“#BenderaPutih bukan bererti kalah, tapi jalan terakhir sebelum rebah,” ujarnya.

Warganet menggerakkan kempen berkenaan selepas kecewa dan sedih setelah melihat setiap hari berita mengenai kes bunuh diri semakin meningkat akibat tekanan hidup dan berharap kempen tersebut dapat mengurangkan bebanan mereka yang mengalami kesusahan, hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan. – SInar Harian

Tags: bendera putihpandemik COVID-19rakyat jaga rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd