• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Benarkan Pihak Lain Ambil Alih LTSAAS – Pengerusi MAHB

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus membatalkan sebarang hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) daripada rangkaian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan membiarkannya diambil alih oleh pihak tertentu yang lain, kata Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Sekali lagi saya telah menyampaikan pandangan dan pendirian saya kepada pemegang tampuk kuasa mengenai kedudukan LTSAAS,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Zambry menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh MAHB merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.

“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS.

“’Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dengan Malaysia Airports dan Kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah & Labuan serta Sarawak (KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS) dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.

“Saya menghormati pendirian KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports,” tambah Zambry.

Pelan strategik dan komprehensif MAHB bagi pembangunan semula LTSAAS bertujuan mengembangkan ekosistem lapangan terbang itu, menggandakan jumlah pengendali global dan tempatan melebihi 100 untuk mewujudkan dan menyokong 19,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Kerjasama terbarunya dengan Teknopark Istanbul yang diumumkan pada Rabu bermatlamat membawa kepimpinan inovasi dan teknologi ke Subang Aerotech Park.

Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan pengendali lapangan terbang dalam memenuhi aspirasi LTSAAS untuk menjadi hab penerbangan aeroangkasa dan perniagaan di Asia-Pasifik. – BERNAMA

Tags: LTSAAS SubangMAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd