• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Rt COVID-19 Terus Meningkat

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian terus mencatat trend peningkatan dan semakin menghampiri 1.0, yang mencetus kebimbangan mengenai kemungkinan lonjakan semula kes harian wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Rt COVID-19 untuk seluruh negara semalam ialah 0.98, dengan Rt di tiga negeri melebihi purata kebangsaan.

Katanya, Negeri Sembilan mencatat Rt tertinggi semalam dengan 1.06, disusuli Selangor (0.99) dan Sarawak (0.99), selain Labuan mencatat Rt sama dengan purata kebangsaan iaitu 0.98, manakala Terengganu merekodkan Rt terendah dengan 0.62.

Selain itu, data dikongsi Dr Noor Hisham di Facebook hari ini, menunjukkan nilai Rt di seluruh negara mencatat trend peningkatan berterusan sejak hampir dua minggu lalu.

Rt COVID-19 sebelum ini mencatat nilai terendah bulan ini dengan 0.90 pada 12 Jun lalu, namun sejak itu, Rt mula menunjukkan peningkatan sehingga merekodkan 0.98 semalam.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu jumlah individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt 1.50, bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Sementara itu, model unjuran kes harian COVID-19 berdasarkan nilai R pula menunjukkan jumlah kes harian tidak lagi berada dalam unjuran menurun.

Sebaliknya, model unjuran itu menunjukkan kes harian berisiko kembali meningkat, sekiranya Rt terus meningkat akibat pengabaian prosedur operasi standard (SOP). – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd