• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Fatihah Serta Doa Menjadi ‘Hadiah’ Terakhir

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi ‘hadiah’ terakhir daripada kami buat jenazah pesakit Covid-19, hanya itu sahajalah yang sentiasa dibaca di dalam hati ketika mengusung jenazah sehingga menurunkannya ke liang lahad, demikian kongsi seorang penggali kubur, Yazrul Ekhzan.

Menurut kakitangan Unit Kecil Perkuburan dan Krematorium Perbadanan Putrajaya (PPj) berusia 42 tahun ini, menguruskan jenazah pesakit Covid-19 menjadi ‘terlalu sunyi’, apabila tiada waris dibenarkan berada di tanah perkuburan, untuk bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir si mati.

“Memang rasa ralat apabila lihat waris mangsa Covid-19 tidak dapat menyentuh, menatap, mencium jenazah, buat kali terakhir. Ada ahli keluarga datang mengiringi van jenazah, tetapi tidak boleh datang dekat di kawasan perkuburan, kerana prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung risiko jangkitan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Walaupun berat tugas yang dipikul, selain kurang diambil perhatian masyarakat, namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Yazrul bersama enam lagi rakan sekerja, yang menjalankan tugas sebagai penggali kubur.

“Biarlah ‘jasa tidak didendang’ asalkan, ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya,” kata Yazrul yang hampir enam bulan bertugas sebagai penggali kubur.

Jelas bapa kepada empat cahaya mata ini, kes kematian akibat virus maut itu dilihat semakin meningkat awal tahun ini di seluruh negara, termasuk daerah kecil seperti Putrajaya, yang sekali gus menunjukkan virus Covid-19 semakin mengganas.

Mengakui sebelum menerima suntikan vaksin sebelum ini, timbul juga rasa bimbang ketika menguruskan jenazah pesakit Covid-19, namun terpaksa membuang perasaan itu demi tanggungjawab yang diamanahkan.

“Hampir setiap hari pihaknya menerima panggilan telefon dari Hospital Putrajaya untuk menggali kubur, kerana akan ada jenazah yang akan dihantar ke Taman Selatan di Presint 20, yang menggabungkan tanah perkuburan orang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian,” katanya.

Sebaik menerima tugasan yang diamanahkan, dia bersama enam rakan lain akan terus ke tanah perkuburan untuk kerja penggalian, bagi membolehkan jenazah diuruskan dengan segera bagi mengelakkan risiko penularan virus.

“Kerja berpasukan amat penting, terutama dalam memberi sokongan mental kerana kami terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu, terutamanya ketika panas terik atau hujan yang terlalu lebat.

“Namun dalam apa jua keadaan, semuanya harus diuruskan dengan pantas, kerana kita tidak boleh terlalu lama dengan jenazah. Apa yang boleh kami lakukan ketika itu adalah, sentiasa berdoa semoga urusan jenazah dapat dipermudahkan dan dikebumikan segera,” katanya.

Sementara itu, rakan setugas Yazrul, Zulkhurnain Abu Samah, 50, pula menyifatkan kerja penggali kubur walaupun bukan seperti petugas barisan hadapan lain yang menyelamatkan nyawa atau menjaga keselamatan awam, namun tetap memainkan peranan penting terutamanya ketika ‘perang’ pandemik Covid-19 yang belum berakhir. – BERNAMA

Tags: jenazahmeninggal duniapesakit COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd