• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

250,529 Dos Vaksin COVID-19 Diberi Semalam

oleh
23/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod baharu apabila merekodkan 250,529 suntikan dos pelalian itu diberikan, semalam. 

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif vaksinasi meningkat kepada 6,301,727, masing-masing 4,574,685 atau 14 peratus bagi dos pertama, manakala 1,727,042 atau 5.3 peratus untuk dos kedua pelalian itu. 

Semakan di laman sesawang Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mendapati, sebanyak 190,244 dos pertama, manakala 60,285 dos kedua vaksin COVID-19 diberikan, semalam.

Sebanyak 44.7 peratus populasi Kuala Lumpur direkodkan sudah menerima dos pertama, diikuti Putrajaya (31.8 peratus); Labuan (28.7 peratus); Sarawak (25.6 peratus) dan Perlis (23.4 peratus).

“Sebanyak 13 peratus populasi Negeri Sembilan sudah menerima dos pertama, diikuti Pulau Pinang (12.8 peratus); Melaka (11.7 peratus); Perak (11.6 peratus) dan Pahang (10.9 peratus).

“Selangor pula mencatatkan 10.7 peratus, diikuti Johor (10.4 peratus) dan Kelantan (10.3 peratus); Kedah (10.1 peratus); Terengganu (10 peratus) dan Sabah (8.8 peratus),” katanya.

Bagi dos kedua, Putrajaya merekodkan sebanyak 19.7 peratus daripada populasinya, diikuti Labuan (13.5 peratus); Perlis (12.3 peratus); Kuala Lumpur (8.5 peratus) serta Sarawak dan Negeri Sembilan (6.7 peratus).

“Sebanyak 6.3 peratus populasi Perak sudah menerima dos kedua, manakala Terengganu dan Pahang (6.1 peratus); Kedah (5.6 peratus); Melaka (5.3 peratus) serta Pulau Pinang (5.2 peratus).

“Kelantan pula merekodkan lima peratus, diikuti Johor (4.9 peratus) serta Selangor dan Sabah (3.5 peratus),” menurut CITF. – BH Online

Tags: JKJAVPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd