• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Tentera Tinggal Bawah Jejambat Akhirnya Miliki Rumah

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga pesara tentera Prebet Suria Mohamad Hassan yang tinggal bawah jejantas Jalan Loke Yew 6, di sini sejak dua tahun lalu, akan memiliki rumah sendiri dalam minggu ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi menyegerakan perpindahan rumah buat keluarga tujuh beranak itu yang kini ditempatkan sementara di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyediakan unit flat untuk didiami secara terus dan kekal serta dengan cara sewa beli. Mereka sekeluarga akan berpindah dalam waktu terdekat kalau boleh sebelum akhir minggu ini.

“Flat itu terletak di Bandar Tun Razak berhampiran tempat dia berniaga, sementara pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan membantu dalam pengubahsuaian gerainya sebagai satu bantuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga berkenaan di Flat Sri Johor, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pembayaran sewa rumah terbabit akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Baitulmal.

Ismail Sabri berkata, veteran terbabit sudah menerima pencen sebanyak RM1,100 sebulan namun ia dikatakan tidak mencukupi.

“Sehubungan itu, JHEV turut akan memberikan bantuan sara hidup RM300 sebulan bermula bulan ini dan ia tambahan kepada bantuan one-off oleh kerajaan diterimanya sebelum ini sebagai veteran dan penerima Pingat Jasa Malaysia,” katanya.

Sebelum ini tular mengenai tujuh beranak yang tinggal di bawah jejantas Jalan Loke Yew 6 itu sejak dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya menggesa supaya mana-mana veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil berdaftar di bawah JHEV bagi memudahkan sebarang bantuan untuk disalurkan kepada golongan terbabit selepas tamat berkhidmat.

“Bekas pesara ATM yang menghadapi kesusahan dan memerlukan bantuan digesa tampil memaklumkan keadaan mereka kepada JHEV kerana kira-kira 20,000 warga veteran belum berdaftar sekali gus menyukarkan jabatan itu untuk menjejaki dan menghulurkan bantuan sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: pesara tenteraPrebet SuriaRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd