PUTRAJAYA – Malaysia sedang membangunkan satu vaksin COVID-19 melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) terbabit dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.
“Selepas ia selesai, kajian praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil akan dilaksanakan sebelum kajian klinikal terhadap manusia dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – BH Online

