• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Perbicaraan Neelofa, Suami Ditunda Ke 15 Julai

oleh
18/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengurusan kes selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), ditunda kepada 15 Julai ini.

Peguam M Haresh yang mewakili pasangan terbabit berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 23 Jun ini tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Pihak Mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya dihubungi hari ini.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di pusat perniagaan Nilai 3 dekat sini, 2 Mei lalu.

Mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh yang sama. – myMetro Online

Tags: langgar SOPNeelofaPKPBPU Riz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UiTM Siasat Dakwaan Gangguan Seksual

Next Post

Cadang Parlimen Dilakukan Secara Hibrid, Vaksinkan Pegawai

Related Posts

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

Hishammuddin Digesa Letak Jawatan Kerana Langgar SOP

14/02/2022
0

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada acara...

Next Post

Cadang Parlimen Dilakukan Secara Hibrid, Vaksinkan Pegawai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd