• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja-Raja Melayu Sependapat Tiada Keperluan Darurat Disambung

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Raja-Raja Melayu juga sependapat perlunya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.

Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan Parlimen bersidang secepat mungkin dengan kaedah dan prosedur persidangan seperti diamalkan beberapa negara, yang terbukti berkesan dalam mengawal jangkitan Covid-19.

“Turut dizahirkan bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.

“Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Program menangani wabak hendaklah difahami dan mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan keraguan, kaedah menangani wabak hendaklah bersifat inklusif.

“Suhu politik yang semakin panas perlu diredakan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini

Syed Danial berkata, Raja-Raja Melayu mengambil maklum beberapa perkara antaranya negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian tinggi meskipun dalam pemerintahan darurat, keadaan ekonomi membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak.

Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu berpendirian penting untuk semua pihak menghormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin tadbir urus telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat, terutama dalam hal ehwal kewangan serta perbelanjaan negara.

Di peringkat negeri, raja-raja memerintah sembilan negeri itu turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin. 

“Di peringkat negeri masing-masing baginda turut menerima menghadap pelbagai pihak yang menyembah kebimbangan terhadap keadaan negara ketika ini,” katanya. 

Terdahulu, Raja-Raja Melayu menzahirkan penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas sifat baginda mengamalkan budaya bermesyuarah, bersedia mendengar pandangan daripada institusi yang mewakili rakyat, dan pada hari ini mengadakan pertemuan untuk mendapatkan nasihat daripada Raja-Raja Melayu. – myMetro Online

Tags: Covid-19daruratRaja-Raja MelayuYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd