• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Watikah Pelantikan 19 Ketua Perwakilan Negara

oleh
15/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 19 Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berkenan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan itu yang lazimnya diadakan di Istana Negara disempurnakan menerusi pengurniaan secara berutus, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bagi mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19 ketika ini.

“Seri Paduka mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia yang dilantik dan mengingatkan mereka supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya, sentiasa menjaga nama baik negara dan meningkatkan profil Malaysia di persada antarabangsa,” kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini. 

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Zakri Jaafar; Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani; Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Roslan Abdul Rahman; Duta Besar Malaysia ke Austria, Ikram Mohd Ibrahim; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Anizan @ Siti Hajjar Adnin; Duta Besar Malaysia ke Croatia, Kennedy Mayong Onon dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.

Duta Besar Malaysia ke Oman, Shaiful Anuar Mohammad; Duta Besar Malaysia ke Hungary, Francisco Munis; Duta Besar Malaysia ke Romania, Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed; Duta Besar Malaysia ke Algeria, Mohammad Faizal Razali; Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran; Duta Besar Malaysia ke Bosnia dan Herzegovina, Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob dan Duta Besar Malaysia ke Argentina, Nur Azman Abdul Rahim turut menerima watikah pelantikan itu. – BERNAMA

Tags: Ketua Perwakilan MalaysiaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd