• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

oleh
15/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam sistem MyRELA tanpa pengetahuan orang ramai.

Rela dalam kenyataannya hari ini berkata, siasatan dalaman dijalankan bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) berkuat kuasa. 

Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran.

“Ingin ditegaskan dakwaan jabatan ini menggunakan data peribadi orang lain untuk didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan adalah tidak benar. 

“Perbuatan ini bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Rela juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan, di mana anggota yang tidak aktif selama tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan. 

“Bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 terpaksa digantung sementara kerana jabatan ini sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak Covid-19. 

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Rela,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, individu yang mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota Rela dan ingin menamatkan keanggotaan boleh menghubungi talian 03-88703770 atau emel ke [email protected] untuk dibatalkan keanggotaannya.

Semalam, Harian Metro melaporkan ada individu yang didaftarkan sebagai anggota Rela walaupun tidak pernah membuat permohonan hasil semakan secara dalam talian melalui pautan jabatan itu. – myMetro Online

Tags: Jabatan Sukarelawan MalaysiaMyRELARELA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Hampir 50,000 Anggota Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

22/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih kurang 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan kini memantau pematuhan orang ramai terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd