• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pemberian Vaksin COVID-19 Lepasi 157,949 Dos Semalam

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kemajuan memberangsangkan apabila mencatat kadar pemberian vaksin tertinggi dengan 157,949 dos semalam.

Ia adalah kadar tertinggi sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu, selain menyaksikan kapasiti pemberian vaksin melepasi 150,000 dos untuk tiga hari berturut-turut. 

Jumlah itu berjaya dicapai sejak kerajaan memperkenalkan pusat pemberian vaksin (PPV) mega, bergerak dan pandu lalu, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata peningkatan kadar pemberian vaksin COVID-19 itu menyaksikan lebih 4.1 juta dos sudah diagihkan setakat semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, lebih 2.8 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, iaitu hampir 8.9 peratus daripada keseluruhan polulasi Malaysia, selain hampir 1.3 juta mendapat dua suntikan lengkap vaksin itu.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam ialah 4,102,936 dos iaitu peningkatan sebanyak 157,949 dos berbanding hari sebelumnya.

“Jumlah individu yang menerima dos pertama ialah 2,835,178 orang. Daripada jumlah itu, 1,267,758 orang juga sudah menerima dos kedua,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Kuala Lumpur mencatat pemberian vaksin tertinggi dengan 601,618 dos, disusuli Selangor (583,564), Sarawak (397,889), Johor (383,710), Perak (337,371) dan Sabah (316,551).

Kadar pemberian vaksin harian kali pertama melepasi 150,000 pada Selasa lalu dengan 151,309 dos, sebelum meningkat kepada 154,866 dos kelmarin dan 157,949 dos semalam.

Peningkatan kapasiti pemberian vaksin itu juga menyaksikan jumlah dos vaksin yang diagihkan meningkat lebih lapan peratus dalam tempoh tiga hari berkenaan. – BH Online

Tags: JKJAVPICKPPVvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd