• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Instagram ‘Safieyillias94’ Ditahan Polis

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Pemilik akaun Instagram (IG) safieyillias94 yang juga pengasas produk kosmetik ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis sudah menahannya semalam selepas menerima satu laporan polis berhubung perbuatannya itu.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Mohd Zaid dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pensyarah universiti pada jam 9 pagi kelmarin.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha.

“Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Beliau berkata, hos berkenaan didapati melakukan perbuatan boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, seorang pensyarah membuat laporan polis ke atas pengguna akuan IG terbabit di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Ia susulan tindakan pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu.

Dia turut ‘mengajar’ cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua. – myMetro Online

Tags: amang seksualinstagramkanak-kanakkomunikasi lucah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd