• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Cadang i-Sinar, i-Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah aset tabungan itu.

Menurut beliau, prestasi KWSP masih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik memandangkan kumpulan tersebut mengumumkan keuntungan sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021 dengan jumlah aset terkumpul jatuh kepada RM982 bilion berbanding RM998 bilion pada akhir tahun 2020.

“Biarlah rakyat menguruskan sebahagian daripada duit sendiri pada tempoh ‘total lockdown’ ini sebab keadaan lebih parah berbanding lima bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0.

“Jika bukan sekarang, maka bila? Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada.

“Tambahan pula, kesan daripada ‘total locdown’ sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan sepatutnya melaksanakan ‘total lockdown’ ketat semasa rakyat mendapat i-Sinar 1.0 lagi, namun akibat kegagalan PKP separuh masak yang berpanjangan menyebabkan pengeluaran i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.

”PKP separuh masak ini bukan salah rakyat, tetapi salah kerajaan berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal.

”Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0,” katanya. – Sinar Harian

Tags: i-lestarii-SinarKWSPNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd