• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Permatang Pasir Didakwa Lakukan Serangan Seksual

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita.

Muhammad Faiz, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik Pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, semalam. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, yang mengendalikan kes itu ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun, antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu ketika berada dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan dilrang menganggu saksi pendakwaan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula kes. 

Pada prosiding itu, Muhammad Faiz diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Mohamed Taulan, Hairulallias Shaari dan Ahmad Faiq Azizan. 

Pada 23 Mac lalu, Muhammad Faiz mengesahkan dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan laporan polis terhadapnya. 

Muhammad Faiz berkata, beliau sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang menyiasat seorang ADUN dari sebuah negeri di utara Semenanjung atas tuduhan mencabul seorang pembantu kedai yang juga ahli partinya dua minggu lalu. – BH Online

Tags: ADUN Permatang PasirmencabulMuhammad Faiz FadzilSerangan Seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keprihatinan Anwar Harus Dinilai Secara Adil – Faiz Fadzil

Keprihatinan Anwar Harus Dinilai Secara Adil – Faiz Fadzil

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Keprihatinan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan harga minyak Malaysia masih murah berbanding negara serantau...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd