• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Direman Rogol Ibu Tunggal Di Bilik IPD

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, Sabtu lalu.

Suspek berusia 29 tahun dikatakan melakukan perkara terkutuk itu pada jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dibawa ke bilik suspek untuk siasatan.

Sumber berkata, semasa berada dalam bilik berkenaan, suspek dikatakan membuka pakaian mangsa dan memaksa wanita itu melakukan seks oral serta melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

“Terdahulu, mangsa yang berstatus janda dan mempunyai dua anak ditangkap bersama bekas suaminya hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

“Hasil serbuan berkenaan, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ABD 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952. 

“Suspek adalah pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, susulan tangkapan berkenaan, wanita dan bekas suaminya direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dan direman seminggu sehingga Jumaat ini.

“Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku semasa wanita itu dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik saspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu. 

“Semasa berada di bilik itu, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian bertindak memaksa mangsa melakukan oral seks dan persetubuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Tags: ibu tunggalkes rogolPDRMpegawai polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd