• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Kakitangan Bank Direman Kes Rasuah RM18 Juta

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai enam kakitangan sebuah bank di sekitar Lembah Klang direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, berhubung kes meminta dan menerima rasuah pinjaman peribadi bernilai RM18 juta pada 2018 hingga 2020.

Majistret Raja Nor Adilla Raja Mahyaldin mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek bermula hari ini sehingga 15 Jun.

Suspek yang direman itu berusia antara 36 hingga 45 tahun disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek tiba pada jam 10.55 pagi di mahkamah dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari serta dikawal pegawai SPRM.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan SPRM menahan enam pegawai dan kakitangan sebuah bank kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi melibatkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta.

Menurut sumber, wang rasuah tersebut ialah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan daripada pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

“Mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai lebih kurang RM18 juta,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kakitangan bankPinjaman PeribadirasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd