• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Dan Dr Asri Mungkin Berceramah Bersama Di Perak

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kemungkinan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim beserta Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin akan berganding bahu dalam menyampaikan ceramah dalam majlis anjuran Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (Kadir).

Namun Pengerusi Kadir, Datuk Azhar Ahmad berkata perkara itu masih dalam perancangan.

“Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) turut minta kami untuk menganjurkan majlis itu dan kita akan cuba aturkannya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa yang sama beliau bersyukur dan gembira apabila kedua-dua tokoh tersebut bertemu dan berbincang dalam suasana santai di Kangar, Perlis semalam, setelah timbul perbezaan pendapat antara mereka sebelum ini.

“Kami dari Kadir sangat seronok dan senang hati melihat masalah kedua-dua ulama kita ini akhirnya dapat diselesaikan dengan baik mengikut lunas-lunas agama kita,” katanya.

Media melaporkan pertemuan kedua-duanya turut dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu Azhar berkata, Kadir akan menganjurkan program ‘Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat’ di Stadium Mini Bagan Serai pada Khamis ini.

Beliau berkata, majlis itu dijangka disertai Tokoh Selawat Nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan Menteri Besar Perak.

“Ini adalah kali ketiga Tokoh Selawat Nusantara itu hadir ke Perak. Kali pertama pada tahun 2012 iaitu di Program Perak Berselawat di Dataran Ipoh yang berjaya menarik 15,000 hadirin.

“Kali kedua pula pada April 2014 di Stadium TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) Lumut bersempena Hari Tentera Laut yang berjaya menarik hampir 20,000 orang,” katanya.

Azhar berkata, kali ini pihaknya menjangkakan kehadiran lebih 20,000 pengunjung bukan sahaja dari Daerah Kerian malah dari kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Baharu, Kedah.

“Programnya akan bermula esok dengan pengisian seperti karnival jualan, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan nasyid.

“Kemuncak program adalah pada malam 12 Mac dan pengunjung dinasihat datang seawal mungkin bagi mengelak kesesakan lalu lintas,” katanya dan menambah para pengunjung disaran membawa sejadah serta memakai jubah putih bagi lelaki dan bertelekung bagi wanita.

Program bakal bermula 9 malam. – BERNAMA

http://youtu.be/asbQ66XpluU

Tags: ustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sihir: Individu Mohon Maaf Dengan Ustaz Kazim

21/05/2022
0

KUALA KANGSAR : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

11/05/2020
0

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd