• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan secara maya, malam ini.

Selain itu, Ahmad Zahid memaklumkan, mesyuarat juga sebulat suara bersetuju melantik Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Perlis yang baharu.

Zambry menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO. Ahmad memegang jawatan Setiausaha Agung BN berkuat kuasa serta-merta pada 5 Januari tahun lalu, menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang sebelum itu dipecat daripada jawatan itu.

Azlan pula menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau. Pada 24 April lalu, UMNO turut memutuskan melantik Azlan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu menggantikan Shahidan.

Sementara itu, Ahmad Zahid memaklumkan, Dewan Tertinggi BN juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti dari negeri untuk membantu pendaftaran vaksin COVID-19, terutama bagi warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan penduduk di kawasan pedalaman.

“Dewan Tertinggi juga meminta semua pihak agak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19 yang sangat membimbangkan ketika ini,” katanya.

Ahmad Zahid memaklumkan, mesyuarat yang dihadiri empat parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu juga turut mendengar pembentangan laporan Mesyuarat Agung Tahunan dan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020. – BH Online

Tags: setiausaha agung BNZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 1.1 Juta Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

Next Post

Kematian COVID-19 Meningkat, Mayat Tunggu Giliran Diuruskan

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

BN Lantik Annuar Musa Setiausaha Agung Ganti Ku Nan

17/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melakukan rombakan struktur kepimpinan dengan melantik Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar...

Next Post

Kematian COVID-19 Meningkat, Mayat Tunggu Giliran Diuruskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd