• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Kemuka Usul Tamat Darurat Kepada Agong

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, usul berkenaan antara perkara yang dibawakan ketika lebih satu jam sembah menghadap Al Sultan Abdullah di Istana Negara pada Rabu.

“Pandangan kita bahawa pengurusan darurat ini akan menyebabkan kerugian kepada negara, tidak akan membantu menangani masalah Covid-19 dan akan menjejaskan ekonomi terutama kepada rakyat peringkat bawahan.

“Saya tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat. Jadi kita merayu kepada Tuanku supaya sedaya upaya menghalang penerusan (darurat) ini,” katanya kepada pemberita sejurus keluar dari pintu Istana Negara pada jam 11.55 pagi pada Rabu.

Ditanya adakah beliau turut membawa sebarang usul bagi menukar kerajaan, beliau bagaimanapun berkata, ia tidak berlaku.

“Itu (tukar kerajaan) adalah soal yang tidak berbangkit sekarang,” katanya.

Beliau menjelaskan, Seri Paduka Baginda begitu berlapang dada mendengar setiap penjelasan yang beliau bawa bersama beberapa laporan kajian.

Katanya, masyarakat harus tahu bahawa Al Sultan Abdullah begitu arif mengenai perkembangan semasa yang turut diperoleh daripada pandangan pakar lain.

“(Persidangan) Parlimen seperti yang kita tahu beberapa bulan lalu, Tuanku telah pun mengeluarkan pandangan kenyataan untuk meminta supaya Parlimen diadakan dengan syarat kerajaan bersetuju. Itu pun tidak dilakukan.

“Saya jelaskan perkara ini kerana ada persepsi yang berbeza seolah-olah Parlimen tidak dilakukan.

“Bagi turut berkenan berbincang mengenai pengurusan dalam negara, keyakinan rakyat, keyakinan pelabur dalam dan luar negara yang meminta supaya berlaku perubahan yang baik,” katanya.

Dua lagi pemimpin pembangkang dari Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan DAP dijangka turut menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimProklamasi DaruratYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd