• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Sejuta Peniaga Terima Bayaran GKP 3.0 Khamis Ini

oleh
08/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) akan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sebanyak RM1,000 bermula Khamis ini secara berperingkat membabitkan implikasi kewangan hampir RM1 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Katanya, bayaran tambahan sebanyak RM500, membabitkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai depan menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

“Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada 17 Mac lalu, kerajaan memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih sejuta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

“Pada 31 Mei lalu, melalui program PEMERKASA+, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro. 

“Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul menambah, secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion sudah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta PMKS di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara. 

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PMKS ini akan meringankan beban mereka, terutama mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini,” katanya. – BH Online

Tags: Geran Khas PrihatinGKP 3.0
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayaran Tambahan RM1,000 Geran Khas Prihatin 4.0

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500,...

Ulasan Najib Terhadap Insentif PM 8

01/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak "Total" Lockdown fasa 1: 2 minggu (1 Jun-14 Jun). "Total" Lockdown fasa 2: 1 bulan (15...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd