• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sasar 200,000 Dos Suntikan Sehari Akhir Julai

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia menyasarkan sebanyak 200,000 dos suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat negara ini setiap hari menjelang 31 Julai depan.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan strategi negara untuk memberi suntikan kepada seramai mungkin penduduk di negara ini dengan kadar segera bagi melindungi dan membendung penyebaran wabak Covid-19.

“Secara purata, seramai 100,000 orang telah divaksinkan sejak 27 Mei lalu,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kerajaan giat berusaha untuk meningkatkan kapasiti serta menggembleng tenaga dalam tempoh 100 hari pelaksanaan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 5,623,800 dos vaksin Covid-19 diterima negara sejak pemerolehan dibuat pada Ogos tahun lalu,” katanya.

CITF berkata, strategi memperkasakan kadar vaksinasi dilaksanakan melalui pembukaan tujuh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bermula dengan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 31 Mei lepas.

PPV Mega lain yang bakal beroperasi ialah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Axiata Bukit Jalil, Pusat Pameran Antarabangsa dan Konvensyen Mines (MIECC), Pusat Konvensyen Setia City dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

“Secara keseluruhannya, seramai 30,000 orang boleh divaksinasi setiap hari melalui tujuh PPV ini,” katanya.

Menurut kenyataan sama, kekuatan tenaga juga telah ditambah dengan 30,268 sukarelawan berdaftar.

“Dengan usaha yang sedang giat dijalankan ini, kerajaan yakin sasaran imuniti kelompok dapat dicapai.

“Lebih ramai rakyat mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19. Penularan wabak ini dapat dibendung, sekali gus sektor ekonomi negara dapat dibuka semula secepat mungkin,” katanya. – Sinar Harian

Tags: pandemik COVID-19vaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tawarkan Moratorium 2.0 Tanpa Faedah Tambahan

Next Post

Covid-19: Membantu, Bukan Tuding Jari – Permaisuri Johor

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Covid-19: Membantu, Bukan Tuding Jari - Permaisuri Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd