• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Besar-Besaran Pastikan Pendatang Tanpa Izin Divaksinasi

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENYIH – Operasi besar-besaran menahan pendatang tanpa izin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memastikan golongan itu mempunyai dokumen sah bagi tujuan vaksinasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ini berikutan kerajaan tidak boleh memberikan vaksin kepada sesiapa yang tidak ada sebarang identiti dan dokumen, dan pelaksanaan itu bertujuan mendapatkan imuniti kelompok bagi melindungi rakyat.

“Sebelum ini, ada pihak mempertikaikan tindakan ini, bahawa mereka yang tidak mempunyai dokumen tidak patut ditahan, namun perlu dinyatakan di sini jika mereka yang ditahan tidak mempunyai dokumen, bagaimana nak membabitkan mereka dalam program vaksinasi?

“Kerajaan tidak boleh memberi vaksin kepada golongan ini, kerana setiap pendaftaran program vaksinasi memerlukan bukti dokumen dan identiti yang sah,” katanya pada sidang media selepas melawat ke depot imigresen sementara di Kem Program Latihan Khidmat Negara Eco Millenium, Beranang, dekat sini, hari ini.

Hamzah mengulas mengenai dakwaan dikeluarkan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, berhubung kedudukan pendatang tanpa izin dalam mendapatkan suntikan vaksin.

“Jika mereka tidak ditahan, adakah mereka akan keluar untuk mendapatkan vaksin? Di sebabkan itu mereka ditahan, dan kami akan siasat sama ada mereka mempunyai majikan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya akan dilaksana dengan bekerjasama dengan majikan terbabit, untuk meminta mereka pergi ke kedutaan setiap pendatang tanpa izin itu, bagi mendapatkan dokumen sah sebelum golongan itu boleh menerima vaksin.

Hamzah turut mempelawa Ahli Parlimen serta ADUN yang menggesa bagi ketetapan itu, supaya membantu menaja pendatang tanpa izin yang ditahan tanpa dokumen serta majikan, bagi memudahkan urusan mendapatkan dokumen sah mereka. 

Dalam pada itu Hamzah berkata, seramai 78,530 daripada 97,891 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing, menerusi Program Rekalibrasi bagi tempoh 21 Dis 2020 hingga 1 Jun lalu.

Beliau berkata kira-kira 108,000 warga asing yang berdaftar, dalam proses untuk memohon mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Hamzah berkata berdasarkan jumlah keseluruhan itu, kira-kira 200,000 warga asing di negara ini berjaya dikenal pasti menerusi program itu, yang dijalankan pihak Jabatan Imigresen dan seramai 5,009 majikan berdaftar dalam program berkenaan, mahu mengambil warga asing berdaftar bekerja dengan mereka.

“Perbincangan bersama pihak kedutaan Myanmar, China, Indonesia dan lain-lain mengenai perkara ini dilakukan, dan kami mahu pastikan mereka yang berada di sini mempunyai dokumen, bagi proses penghantaran balik mahupun urusan lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: pendatang tanpa izinvaksin covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd