• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya 5 Jun

oleh
03/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berdepan risiko sistem kesihatan lumpuh sepenuhnya menjelang 5 Jun ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia pilihan terakhir kerajaan berdasarkan sistem penanda aras Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merekodkan kes harian membimbangkan melebihi 8,000 kes sehari.

Menurutnya, hospital mencapai kapasiti maksimum dengan kebarangkalian tinggi untuk lumpuh apabila purata kes baharu berada antara 8,001 sehingga 13,000 sehari.

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan Covid-19 pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak awal Mei lagi, apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt meningkat antara 1.1 hingga 1.2.

“Pada penghujung Mei lalu, kita sudah mencapai tahap ketiga dengan kes tertinggi direkodkan sebanyak 9,020 kes dan itu adalah amaran untuk kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, KKM sudah mengambil beberapa tindakan ketika di tahap dua (kes harian 4,000 hingga 8,000) iaitu mengenal pasti lebih banyak hospital dan menukar fungsi wad biasa kepada wad Covid-19.

Beliau berkata, apabila berada pada tahap tiga hanya pemberian rawatan paliatif untuk pesakit berkemungkinan rendah sembuh dengan tidak memasukkan mereka ke unit rawatan rapi (ICU) sebaliknya memberi keutamaan kepada pesakit berkemungkinan sembuh serta mewujudkan kemudahan rawatan di luar hospital.

“Apa yang dibimbangi jika kes mencapai tahap empat iaitu purata kes harian melebihi 13,000. Ketika itu status penularan jangkitan adalah tinggi dengan keupayaan untuk respon rendah,” katanya.

Katanya, negara berdepan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria. – myMetro Online

Tags: pandemik COVID-19Sekatan Pergerakan Penuhsistem kesihatantotal lockdown
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi ‘Total Lockdown’ – Mohamed Azmin

08/02/2022
0

BATU PAHAT : Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi jaminan tiada lagi 'total lockdown'...

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd