• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Berebut Nombor Giliran, Tak Patuh SOP

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berebut ingin mendapat nombor giliran menyebabkan berlaku kesesakan di pintu pagar utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju di sini, kelmarin sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, video itu mula di Facebook (FB) semalam menunjukkan orang ramai berasak-asak.

Menurutnya, dalam video itu kelihatan orang ramai mengerumuni pintu pagar hingga tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada Isnin lalu antara 1 tengah hari hingga 2 petang berpunca daripada orang ramai berebut untuk memasuki premis JPJ bagi urusan di kaunter JPJ yang mana hanya 50 nombor giliran sahaja dibuka pada sesi sebelah petang. 

“Keadaan itu diburukkan lagi dengan kehadiran orang ramai untuk menjelaskan saman tertunggak yang diberi diskaun sehingga 70 peratus oleh pihak JPJ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pada asalnya tarikh akhir diskaun adalah pada 11 Jun ini namun disebabkan PKP menyeluruh bermula semalam, orang ramai mengambil kesempatan untuk menyerbu kaunter pembayaran saman pada saat-saat akhir. 

“Pihak Keselamatan JPJ Wangsa Maju menghubungi pihak polis untuk bantuan selepas keadaan tidak terkawal. 

“Pasukan Pemantau IPD Wangsa Maju hadir di lokasi. Setelah melihat kehadiran pihak polis, orang ramai mula bersurai dari lokasi bagi mengelakkan mereka dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP supaya penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan. 

“Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang dengan sengaja melanggar SOP dan tidak menjaga penjarakan fizikal boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat dan tindakan kompaun boleh dikenakan,” katanya. – myMetro Online

Tags: JPJ Wangsa Majulanggar SOPperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd