• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembu Dari Thailand Positif LSD

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) pada 42 lembu hidup dari Thailand yang dikuarantin.

Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul, berkata jumlah itu sebahagian daripada 1,434 lembu diimport pada 26 April lalu, yang menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

“Ketika tempoh kuarantin, beberapa sampel diambil daripada lembu berkenaan dan diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar.

“Hasil ujian makmal serta tanda klinikal mendapati 42 lembu dikesan positif penyakit LSD, iaitu sejenis penyakit berjangkit yang menjangkiti lembu, kerbau dan haiwan ruminan liar tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lily berkata, setakat ini terdapat dua premis kuarantin di Kedah dan Kelantan yang menempatkan ternakan lembu diimport dari Thailand yang menunjukkan tanda klinikal penyakit LSD.

Berikutan itu, katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar meminta pihaknya memanjangkan tempoh kuarantin daripada 14 kepada 28 hari untuk memantau lebih rapi ternakan import berkenaan.

“Prosedur ujian ini dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit yang dikhuatiri jika tidak dikawal, boleh menyebabkan industri ternakan ruminan negara terjejas. 

“Semua lembu yang positif penyakit LSD ini ditahan dan dikuarantin dengan pemantauan rapi,” katanya.

Beliau berkata, punca penyakit LSD ialah virus Poxviridae yang disebarkan melalui gigitan serangga seperti nyamuk dan lalat.

“Penyakit LSD mampu mempengaruhi kesihatan haiwan dan boleh menjejaskan ternakan lembu dalam negara dan penyakit ini dikedan menular di Asia sejak 2019. 

“Antara negara yang terkesan ialah Bangladesh, India, China dan yang terbaharu ditemui Thailand,” katanya.

Lily berkata, MAQIS tidak akan memandang mudah perkara itu dan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit serta bahan cemar. – BH Online

Tags: lembu thailandMaqispenyakit LSD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

26/04/2024
0

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Selangor menahan dua ekor anjing baka "Poodle" dari China kerana mempunyai identiti nombor...

MAQIS Tahan Kemasukan Mangga Dari Thailand

MAQIS Tahan Kemasukan Mangga Dari Thailand

13/12/2023
0

PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menahan kemasukan konsainan buah mangga dari Thailand kerana dikesan mempunyai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd