• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Semula Percepat Bekalan Vaksin COVID-19

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengadakan rundingan semula dengan syarikat pembekal vaksin dari seluruh dunia, bagi mempercepat penghantaran bekalan.

Arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bakal menyaksikan Malaysia menerima 37 juta dos vaksin, sebelum akhir September ini. 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata syarikat pembekal vaksin dari China, Sinovac akan selesai menghantar keseluruhan tempahan 12 juta dos sebelum akhir Julai depan.

Katanya, syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat, Pfizer pula akan menghantar 25 juta dos dalam suku ketiga tahun ini.

“Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) juga sedang giat melakukan penilaian terhadap vaksin satu dos daripada Cansino. Kita juga sedang tingkatkan kapasiti vaksinasi. Buat masa ini, kadar harian mencecah 100,000 suntikan. 

“Kita sedang merancang untuk meningkatkan jumlah ini kepada dua kali ganda menjelang Julai nanti. Lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka termasuk PPV mega yang boleh laksanakan suntikan pada kadar 5,000 hingga 10,000 suntikan sehari. 

“Saya sedar ramai bimbang mengenai PPV mega. Justeru, saya sudah mengarahkan agar prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan lebih ketat dilaksanakan, bagi mengelak keadaan sesak ini. 

“PPV klinik swasta juga sudah mula beroperasi. Jumlah ini akan terus ditambah menjelang akhir Jun. Kita menyasarkan 1,000 PPV klinik swasta bagi membolehkan capaian vaksinasi yang lebih mudah kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik di Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), hari ini.

Mengenai penambahbaikan, Khairy berkata, lebih banyak hospital swasta akan terbabit menjadi PPV dan beberapa PPV pandu lalu juga akan dibuka.

Katanya, pasukan jangkauan luar juga bergerak di negeri-negeri dan terus digerakkan di pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya, kampung, pusat perlindungan gelandangan, kampung Orang Asli serta kawasan pedalaman agar tiada yang tertinggal dalam mendapat perlindungan vaksinasi. 

“Kita kini memasuki tempoh yang sangat kritikal dalam usaha memerangi COVID-19. Jumlah kes sangat membimbangkan. Sistem kesihatan kita semakin tertekan dan kita menghadapi cabaran penularan varian baharu yang lebih agresif. 

“Kawalan pergerakan pasti memberikan kesan besar kepada ekonomi rakyat. Kawalan pergerakan menyeluruh tidak boleh dilaksanakan berterusan. Lebih ramai akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan,” katanya. 

Mengambil kira keadaan itu, katanya, sudah pasti vaksinasi COVID-19 perlu dipercepat, walaupun sasaran awal ialah 80 peratus penduduk di negara ini divaksin sebelum akhir tahun, namun Perdana Menteri mengarahkan agar vaksinasi dipercepat. 

Khairy berkata, juga akan terus melawat ke negeri bagi memastikan penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. 

Katanya, negeri dan daerah akan diberi ruang untuk melaksanakan vaksinasi di lokaliti masing-masing, mengikut kesesuaian setempat. 

“Kita juga akan memulakan vaksinasi kepada industri dan sektor ekonomi yang perlu terus beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. 

Sementara itu, Khairy menerusi akaun Twitter rasminya memaklumkan penerangan khas diadakan pagi tadi bersama Perdana Menteri; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sesi berkenaan antara lain meliputi isu berhubung perkembangan semasa imunisasi, selari matlamat kerajaan ke arah meningkatkan kadar pemberian suntikan di seluruh negara. – BH Online

Tags: ImunisasiPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd