• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunjuk Jarum Sebelum, Selepas Suntik Vaksin AstraZeneca

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyuntik vaksin kini perlu menunjukkan jarum suntikan sebelum dan selepas memberi suntikan kepada penerima susulan dakwaan pemberian dos vaksin keluaran AstraZeneca kurang daripada sepatutnya, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan itu yang dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular di media sosial bermula pada 20 Mei lalu. 

Beliau berkata, KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk COVID-19 berada pada tahap optimum, KKM menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca.

“Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.

“Mereka juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dr Adham berkata, penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin itu akan diperluaskan ke semua PPV lain manakala pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata, KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jaya dan selamat untuk penduduk Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat secara terperinci dakwaan pemberian dos vaksin AstraZeneca terkurang sebanyak 0.5 mililiter (ml) di WTCKL. – BH Online

Tags: AstraZenecaKKMvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd