• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas RM1,000 Kepada 213 Penumpang LRT

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada 213 mangsa terbabit dalam insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi. 

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya juga menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital. 

Katanya, mangsa yang kehilangan kerja akibat insiden itu turut akan diberi bantuan kewangan sewajarnya.

“Prasarana dukacita dengan kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu mangsa terbabit. Bantuan khas, kos rawatan dan pembayaran pampasan akan diberikan dalam masa terdekat kepada mangsa,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah, ketika dihubungi hari ini memaklumkan seramai 65 mangsa nahas berkenaan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka terdiri daripada 29 lelaki dan 36 wanita. Enam daripada yang menerima rawatan adalah warga asing, bakinya warga tempatan. 

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata mengikut maklumat terkini, enam penumpang kritikal dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan di HKL. 

“Seramai 15 lagi penumpang masih dirawat di HKL namun dilaporkan stabil. Dalam kejadian semalam, seramai 64 penumpang cedera dikejarkan ke HKL dan ada antara mereka sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Prasarana akan mengambil masa tiga hari untuk mengalihkan tren terbabit dalam kemalangan semalam. Pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan sedang giat menjalankan siasatan dan ia dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu. 

“Setakat ini perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa, namun Prasarana menyediakan bas pengantara pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan di stesen berdekatan. 

“Prasarana memberi jaminan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan,” katanya. – BH Online

Tags: bantuan khasInsiden LRTPrasarana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri

Selangor Umum Pengecualian Cukai, Bantuan Khas

04/10/2023
0

SHAH ALAM: Sebanyak 426,656 rumah kos rendah di seluruh negeri dikuatkuasakan pengecualian cukai untuk penggal kedua bagi tempoh 1 Julai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd