• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Kasino Di Genting Tutup Bermula Tengah Malam Ini

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Semua operasi membabitkan kasino di pusat peranginan Genting Highlands, Bentong akan ditutup sepenuhnya bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan memantau lokasi berkenaan bagi memastikan pihak terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Buat masa ini, memang (kasino) masih beroperasi dan pusat itu akan ditutup tengah malam ini.

“Kita juga sudah arahkan pasukan pematuhan SOP untuk memastikan pihak terbabit mematuhi arahan dikuatkuasakan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Isnin beberapa portal mendedahkan aktiviti di kasino masih berjalan seperti biasa walaupun selepas dikaitkan dengan beberapa kes positif Covid-19.

Abd Jalil bagaimanapun berkata, kebanyakan premis lain di sekitar pusat peranginan berkenaan sudah menghentikan operasi mereka sejak minggu lalu.

Tambah beliau, pihaknya tidak mengeluarkan kompaun kepada pengendali kasino kerana mereka mempunyai kebenaran untuk beroperasi sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 Mei lalu mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah yang dikatakan mengunjungi Genting Highlands positif Covid-19.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan pelancong terbabit mengunjungi kasino itu atau tidak.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP lebih ketat dikenakan terhadap sektor ekonomi berkuat kuasa esok. – Sinar Harian

Tags: genting highlandsKasinoPKP 3.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd