• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ambillah Banyak Mana Pun Tembikai”

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – “Sesiapa yang nak makan tembikai, datang ke kebun. Ambillah sebanyak mana yang mahu dan sedekah kepada jiran agar buah yang masak ranum ini tidak terbiar begitu saja,” kata Asri Yaakob, 50, pekebun tembikai di Kampung Besul dekat sini bagi mengelakkan hasil tanamannya rosak begitu saja. 

Asri berkata, ramai pekebun yang berputus asa dan hanya membiarkan hasil tanaman membusuk. 

“Kami menanam tembikai sejak awal tahun ini dengan sasaran dijual pada bulan puasa, namun kurang sambutan daripada pelanggan kerana ramai yang tidak keluar ke pasar Ramadan. Kali ini, tanaman tembikai cukup menjadi, mungkin kerana hujan sepanjang bulan tetapi tiada pasaran seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Dia berkata, kalau dulu hasil tembikai dapat digunakan untuk belanja persiapan raya seperti membeli baju anak dan lain-lainnya, namun kali ini agak suram. 

Asri berkata, kali ini hasil tembikai tidak lepas ke mana sebab tiada pasaran dan hanya dipasarkan di sekitar Jerantut saja. Kini kebanyakan pekebun hanya mengharapkan mereka dapat kembali modal yang dikeluarkan. 

“Ada yang sudah dapat modal dan ada yang belum balik modal. Oleh sebab tiada pasaran, kebanyakan pekebun membiar saja buah tanpa dikutip,” katanya. 

Dia berkata, terdapat lapan pekebun tembikai di Kampung Besul yang mengusahakan tanaman di kawasan seluas antara 0. 4 hingga 0.8 hektar seorang. 

Katanya, walaupun ada beberapa pekebun masih menjalankan perniagaan kecil-kecilan namun peningkatan kes Covid-19 membuatkan mereka juga mengehadkan pergerakan. 

“Walaupun kerugian, namun rata-rata pekebun berlapang dada dan mengharapkan ada pihak yang sudi mengambilnya agar tidak terbiar begitu saja. Kami nak beri percuma kepada yang datang ke kebun dan kalau nak bayar pun, bayarlah seberapa saja yang ikhlas,” katanya. 

Menurutnya, setakat ini, terdapat kira-kira 20 tan tembikai masih dibiarkan di kebun. – myMetro Online

Tags: Pahangpekebuntembikai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ini Mungkin Air Tembikai Paling Tulen Di Dunia”

“Ini Mungkin Air Tembikai Paling Tulen Di Dunia”

24/02/2026
0

Netizen kini terhibur dengan satu perkongsian yang mencuri perhatian apabila seorang wanita berkongsi idea perniagaan suaminya — yang disifatkan sama...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd