• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Masa 2 Jam Beli-Belah Dipantau Menerusi MySejahtera

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Had masa maksimum dua jam pelanggan dibenarkan berada dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah akan dipantau menerusi MySejahtera.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, rekod itu akan diperoleh sebaik sahaja pelanggan membuat imbasan ketika memasuki premis.

“Pemantauan kita boleh buat secara rawak dahulu. Kita lihat yang penting adalah kita memohon kerjasama daripada pemilik premis itu.

“Secara kendiri mereka perlu buat yang terbaik bagaimana hendak memantau pelanggan atau pembeli yang masuk ke premis mereka,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 secara maya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Nanta berkata, pemilik premis disaran untuk sentiasa membuat siar raya bagi mengingatkan pelanggan mematuhi had masa dua jam ditetapkan.

Jelasnya, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) juga akan membuat pemantauan secara rawak di premis tumpuan ramai.

“Selain itu, kita juga nasihatkan pelanggan untuk buat kawalan kendiri dan patuhi had masa yang ditetapkan,” katanya.

KPDNHEP pada Ahad mengumumkan tempoh masa pelanggan dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan maksimum dua jam, mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 sektor perdagangan pengedaran berkuatkuasa Selasa.

Selaras itu juga, semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan seorang bagi setiap empat meter persegi. – Sinar Harian

Tags: mysejahteraperuncitanpusat beli-belah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

15/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd