• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziarah Hari Raya Punca Peningkatan Kes Covid-19

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dan kemunculan beberapa kluster baharu di Melaka dalam tempoh beberapa hari lalu, dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, mereka yang dikesan positif Covid-19 mengaku menziarahi sanak-saudara dah ahli keluarga lain, walaupun larangan tersebut telah dikeluarkan sebelum ini.

“Memang betul ada kes kluster positif Covid-19 yang dikesan di Melaka baru-baru ini, dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah hari raya dan ia adalah sebahagian penyumbang peningkatan kes positif.

“Kalau dilihat dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ziarah hari raya tempoh hari, masih ada yang tidak mematuhi SOP tersebut, dalam diam-diam bertemu keluarga dan ada kes menziarah dari luar daerah dan luar Melaka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan kes positif Covid-19 di negeri itu, mencatatkan angka harian tertinggi sepanjang penularan wabak itu dengan 212 kes dan empat kematian.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, salah satu kluster baharu yang dipercayai berpunca daripada aktivti berkenaan ialah, Kluster Batu Lapan Bukit Rambai melibatkan kes indeks seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata, setakat semalam, sebanyak 28 kontak rapat telah disaring dan 12 daripada mereka dikesan positif Covid-19.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penularan jangkitan Covid-19 di kawasan Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang di negeri itu dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah Hari Raya.

Menurutnya, ia berlaku apabila seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang menetap di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, pulang ke Kampung Teluk Renjuna dipercayai untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Zaini berkata, JKNK menerima maklumat berhubung keberadaannya daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas pada 11 Mei, dan wanita berkenaan disahkan positif Covid-19 pada 13 Mei.

“Wanita berkenaan merupakan kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19, tetapi sama ada daripada ahli keluarga yang serumah dengannya atau faktor lain masih dalam pengesahan.

“Bagaimanapun, sama ada wanita terbabit berkunjung ke tempat lain atau orang lain berkunjung ke rumahnya, semuanya ada kemungkinan. Tidak boleh hanya kata dia sahaja yang bergerak,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Covid-19Hari Raya Aidilfitriziarah hari raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd