• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terus Meningkat

oleh
19/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 kebangsaan terus merekodkan peningkatan dengan 1.08 direkodkan semalam, berbanding 1.06 kelmarin.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook malam tadi, sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya mencatatkan purata kadar lebih tinggi berbanding purata kebangsaan.ADVERTISING

Pahang mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.27, disusuli Terengganu (1.25), Kedah (1.20), Perak (1.18) serta Melaka dan Selangor (1.16).

Ia diikuti Negeri Sembilan 1.13, Johor (1.11), Labuan dan Putrajaya masing-masing (1.10) dan Pulau Pinang (1.09).

Kuala Lumpur pula mencatatkan Rt pada kadar 1.07, sementara tiga negeri mencatatkan kadar di bawah 1.00 iaitu Sarawak, Kelantan dan Sabah masing-masing 0.98, 0.97 dan 0.96 selain Perlis pula merekodkan pertambahan dua kes.

Nilai Rt merujuk kepada berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin besar nilai itu, semakin tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Semalam, Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes, berbanding 45 kes kelmarin.

Bagi kes baharu yang dilaporkan semalam, sebanyak 4,865 kes dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 479,421 kes.

Daripada jumlah itu, Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 1,743 kes, diikuti Sarawak (512), Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406). – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd