• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemulihan Ekonomi Negara Semakin Mengukuh

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pemulihan ekonomi negara semakin meningkat berikutan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mula menunjukkan hasil dan permintaan luar negara yang semakin kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pakej-pakej rangsangan ekonomi iaitu Prihatin, Prihatin PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dan Belanjawan 2021 memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Beberapa petunjuk ekonomi utama mencatat pencapaian yang lebih kukuh seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara melonjak 9.3 peratus pada Mac 2021, pertumbuhan yang paling tinggi sejak Julai 2013. Pencapaian ini dipacu oleh indeks pembuatan dan elektrik, masing-masing meningkat sebanyak 12.7 peratus dan 10.3 peratus.

“Selain itu, nilai jualan sektor pembuatan meningkat sebanyak 15.3 peratus pada Mac 2021, iaitu tertinggi dalam 44 bulan, disokong oleh jualan produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain, produk elektrik dan elektronik serta produk makanan, minuman dan tembakau,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.

Mustapa berkata, setelah mencatat penguncupan bagi lima bulan berturut-turut sejak Oktober 2020, nilai jualan perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan sebanyak 9.3 peratus pada Mac 2021.

“Nilai jualan kenderaan bermotor melonjak 40.7 peratus dan perdagangan runcit meningkat 10.5 peratus. Ini antaranya disokong oleh pengeluaran i-Sinar, i-lestari dan peningkatan harga komoditi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan bolehguna rakyat,” katanya.

Beliau berkata, selain itu eksport melonjak 31.0 peratus kepada RM104.9 bilion pada Mac 2021.

“Ini adalah pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 44 bulan. Import pula meningkat 19.2 peratus kepada RM80.8 bilion.

“Lebihan dagangan mencatat RM24.2 bilion atau 96.1 peratus lebih tinggi berbanding Mac 2020. Ini adalah lebihan dagangan bagi bulan ke-11 berturut-turut sejak Mei 2020,” katanya.

Menurutnya Indeks Pengurus Pembelian (PMI), iaitu petunjuk keadaan sektor pembuatan meningkat kepada 53.9 pada April 2021, iaitu peningkatan yang paling tinggi sejak Julai 2012.

“Ini menunjukkan pencapaian sektor pembuatan yang kukuh. Bagaimanapun, Indeks perkhidmatan yang mewakili pencapaian sektor perkhidmatan secara keseluruhan, menguncup sebanyak 3.6 peratus pada suku tahun pertama 2021.

“Namun, pencapaian ini adalah lebih baik berbanding dengan penguncupan 7.1 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2020,” katanya.

Mustapa berkata, pencapaian ekonomi yang terkini memberangsangkan dan menunjukkan usaha yang telah diambil kerajaan untuk memulihkan ekonomi mulai berhasil.

“Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan ekonomi di antara 6 peratus dan 7.5 peratus pada tahun ini akan dicapai walaupun terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa daerah baru-baru ini bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ekonomi MalaysiaMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup 4.5% Pada Suku Ketiga 2021

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd