• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziarah Raya: Norman, Abby Direkod Keterangan

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Selasa.

“Sehingga kini pihak Polis Ampang Jaya telah merakam keterangan lima orang termasuk selebriti dan tuan rumah.

“Kes masih dalam tindakan dan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal serumah.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, di sini membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Pada Isnin, Mohamad Farouk berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.
Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021]. – Sinar Harian

Tags: Abby AbadiNORMAN HAKIMperintah kawalan pergerakanziarah raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd