• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dikompaun RM5,000 Rentas Daerah Tanpa Kebenaran

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang remaja perempuan dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan perkhidmatan tren di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata remaja berusia 19 tahun itu dikompaun berikutan gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika polis mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di terminal itu.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan pemantauan SOP di terminal pengangkutan berkenaan selepas beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang dilaksanakan PKP kelmarin, sekali gus melarang pergerakan merentas daerah dan negeri.

“Ketika pemeriksaan polis menemui sepasang kekasih yang dari Bukit Mertajam yang terletak dalam daerah Seberang Perai Tengah ke Penang Sentral dalam daerah Seberang Perai Utara.

“Apabila siasatan dijalankan remaja lelaki berkenaan yang juga berusia 19 tahun datang dari Kedah sebelum bertemu teman wanitanya di Bukit Mertajam untuk sama-sama pergi temu duga kerja di sebuah syarikat di negeri ini.

“Remaja lelaki berkenaan mempunyai dokumen rentas negeri termasuk surat panggilan temu duga kerja namun teman wanitanya tidak mempunyai apa-apa dokumen kebenaran rentas daerah maka polis mengeluarkan kompaun terhadap kesalahannya,” katanya selepas mengadakan operasi di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai operasi yang diadakan, Noorzainy berpuas hati apabila pemeriksaan mendapati semua penumpang mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak berkuasa.

“Kebanyakan penumpang yang melakukan perjalanan rentas negeri adalah terdiri daripada pasangan jarak jauh (PJJ) manakala selebihnya adalah pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian dan urusan bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, susulan pengumuman kerajaan yang melaksanakan PKP seluruh negara berkuatkuasa tengah malam tadi, Noorzainy memberitahu polis daerah itu mendirikan 12 sekatan jalan raya (SJR) bagi mengekang aktiviti rentas daerah dan negeri.

“Kita mohon kerjasama orang awam supaya patuh pada arahan kerajaan untuk sama-sama mengekang kes penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi,” katanya. – BH Online

Tags: remajarentas daerah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd