• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Baharu Fokus Tingkat Perkhidmatan, Integriti

oleh
07/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menggariskan tiga fokus utama untuk memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah sebuah pasukan polis yang menjaga keamanan, berintegriti dan berkhidmat untuk masyarakat.

Beliau berkata tiga fokus berkenaan adalah untuk memperkasakan integriti dalam kalangan warga PDRM, memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM dan meneruskan usaha kerajaan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

“Untuk memastikan perkara itu dicapai (memperkasakan integriti), PDRM perlu membuat majlis ilmu seperti memberi penerangan dan meminta semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis untuk mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas di Bukit Aman, di sini, baru-baru ini, sempena pelantikan beliau sebagai KPN ke-13 berkuat kuasa Selasa (4 Mei) lepas.

Acryl Sani berkata, LDP berkenaan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menerangkan topik-topik semasa yang sentiasa menjadi isu.

“Sebagai contoh, kita selalu melihat seseorang anggota polis itu teragak-agak dengan apa tindakan yang perlu dibuat apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

“Zaman sekarang adalah zaman telefon pintar dengan masyarakat merakamkan (tindakan PDRM berhadapan sesuatu situasu) dalam bentuk video dan ini sekali gus menghakis keyakinan masyarakat terhadap kemahiran dan kecekapan PDRM yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini perlu diatasi dengan membuat perubahan dalam budaya kerja untuk menjadikan PDRM lebih berintegriti dan mempunyai jati diri.

“PDRM tidak akan sesekali menyembunyikan sebarang bentuk kesalahan jenayah, salah laku, rasuah atau pelanggaran disiplin dalam kalangan warga PDRM,” katanya.

Mengenai fokus kedua iaitu memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM, Acryl Sani berkata, pelaksanaan perkhidmatan (service delivery) ini bukan sahaja di kaunter pertanyaan balai polis atau di sekatan jalan raya (SJR) malah, ia diaplikasikan di mana-mana sahaja, tatkala berlakunya interaksi anggota PDRM dengan masyarakat.

“Maka, disitulah berlaku proses perkhidmatan yang bermula kerana PDRM merupakan satu organisasi dengan cogan kata ‘Sedia Berkhidmat’.

“Cogan kata berkenaan bukan sahaja untuk masyarakat bahkan sesama anggota polis sendiri turut bersedia berkhidmat. Sebagai contoh, anggota polis yang bertugas dalam unit sokongan seperti mekanik dan juruteknik yang memerlukan bantuan antara satu sama lain dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau juga meminta semua pegawai dan anggota polis agar bersikap lebih mesra ketika berurusan dengan masyarakat yang memerlukan bantuan PDRM.

“Saya sering dengar orang ramai dikasari di pejabat pertanyaan dalam bahasa kasar dengan sindiran yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Ia satu perkara yang perlu dihentikan di setiap genap aspek di mana perkhidmatan diberikan sama ada di kaunter pertanyaan atau di lokasi SJR.”

Selain itu, Acryl Sani berkata, beliau dan barisan kepimpinan PDRM memberi jaminan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan pesara-pesara polis.

“Saya akan mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara untuk membuat semakan mengenai bekas-bekas anggota dan pegawai agar maklumat terkini mereka dikemaskini ke Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Bukit Aman.

“Kadang-kala terdapat isu apabila kita ingin menghubungi bekas anggota atau pegawai, mereka didapati telah bertukar alamat, berpindah ke kampung atau sebagainya. Keadaan ini menyukarkan kami untuk berurusan dengan mereka khususnya melibatkan aspek kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai fokus ketiga iaitu meneruskan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat, beliau berkata PDRM akan sentiasa membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi rakyat.

“Jika sebelum ini, dilihat fokus utama PDRM adalah ancaman jenayah yang memberi cabaran kepada PDRM namun, sejak tahun lepas cabaran itu telah berubah apabila negara dilanda wabak Covid-19,” katanya.

Acryl Sani berkata PDRM akan terus membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak berkenaan kerana kes Covid-19 yang dilihat membimbangkan dan meningkat sejak kebelakangan ini.

“Saya perhatikan masyarakat seolah-olah sudah mula lesu dengan pematuhan SOP tetapi kita tidak boleh leka dan mereka harus faham bahawa Covid-19 ini berada di mana-mana sahaja.

“Saya faham apa yang dialami oleh mereka (lesu dengan pematuhan SOP) bahkan ramai petugas kesihatan dan warga PDRM mengalami kelesuan tetapi mereka terus tekun. Jangan jadikan kebosanan untuk mematuhi SOP ini sebagai perkara yang diambil ringan jika tidak patuh SOP, dibimbangi penularan wabak itu tidak terkawal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Acryl Sani Abdullah SaniKetua Polis NegaraPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd