• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Langgar Lembu

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang lelaki berusia 23 tahun maut selepas terlanggar lembu sebelum diseret sepanjang 60 meter oleh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Utama FELDA Semenchu, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam kejadian jam 8.45 malam, penunggang motosikal, Mazrul Hakimi Miskan, 23, dari FELDA Air Tawar 4, di sini, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal Yamaha 135LC dan kereta Proton Wira.

“Difahamkan, penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi menghala masuk ke FELDA Semenchu, di sini.

“Melepasi kira-kira dua kilometer (km) daripada simpang masuk jalan utama FELDA Semenchu, di sini, dia terlanggar seekor lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan. Mangsa kemudiannya terjatuh dan terbaring di jalan bertentangan dan motosikalnya pula terbabas ke bahu jalan bertentangan.

“Kereta Proton Wira yang dipandu berusia 19 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak perasan mangsa yang terbaring (keadaan jalan gelap tanpa lampu) lalu melanggar mangsa dan mengheret kira-kira 60 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussin berkata, pemandu kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu terutama di kawasan gelap bagi mengelak kemalangan kerana malang tidak berbau. Jadilah pemandu yang berhemah dan keselamatan nyawa pengguna jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautLanggar Lembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd