• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 5 Daerah Zon Hijau Covid-19 Di Semenanjung

oleh
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya lima daerah diklasifikasikan sebagai zon hijau Covid-19 di Semenanjung negara ini.

Berdasarkan maklumat situasi semasa pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat Isnin yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebooknya menunjukkan daerah bebas kes Covid itu termasuk Sik dan Yan di Kedah: Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu dan Jelebu di Negeri Sembilan.

KKM turut melaporkan enam daerah di Sabah turut ditakrif sebagai zon hijau iaitu Sipitang, Tambunan, Pitas, Kota Marudu, Tenom dan Tongod.

“Hanya lima daerah zon hijau di Semenanjung, enam di Sabah manakala tiada daerah zon hijau di Sarawak.

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard). Jaga diri dan keluarga anda,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, kes baharu Covid-19 dilaporkan menurun ke paras 2,000 apabila 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 637 kes diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356).

Ia diikuti Johor dengan 205 kes; Kuala Lumpur (200); Pulau Pinang (194); Kedah (103); Negeri Sembilan (97); Melaka (95); Perak (59); Sabah (57); Pahang (55); Terengganu (38) dan Putrajaya (tiga), sementara Labuan serta Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMsemenanjungzon hijau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd